::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

Join the forum, it's quick and easy

::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai
::ASPERiaN FORUM::
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FAKTA_FAKTA YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

Go down

FAKTA_FAKTA YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU Empty FAKTA_FAKTA YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

Post by colorex Wed 02 Jul 2008, 2:35 pm

FAKTA-FAKTA YG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

1) Lelaki mempunyai lebih banyak darah berbanding wanita kerana setipa pembuluh
darah mereka boleh mengangkut 5.5 liter darah berbanding wanita yang hanya
mengangkut 3.2 liter darah.

2) Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.

3) Bawang yang di potong mengeluarkan gas propanethiol-sin. Apabila gas itu terpercik ke dalam mata, ia bercampur dengan air mata dan menghasilkan sejenis asid lemah. Asid itulah yang meransang kalenjar air mata mengeluarkan air ketika kita mengusapnya.

4) Apabila Alexander Graham Bell meninggal pada 4 Ogos 1922, semua telefon yang menggunakan perkhidmatannya di Amerika Syarikat dan Kanada di pputuskan selama satu minit sebagai tanda menghormati kematiannya itu.

5) Kebanyakan kematian yang berlaku di hospital adalah antara pukul 4 petang hingga 6 petang iaitu ketika badan berada pada tahap yang paling lemah sekali.
(itu le pasal orang tua cakap tak elok tido lepas asar)

6) Terdapat lebih kurang 9 juta orang di seluruh dunia mempunyai tarikh lahir yang sama.

7) Semasa bernafas, tulang selangka manusia bergerak turun naik sebanyak lima juta kali dalam tempoh setahun

Seniman Arnold Schwarzenegger dibayar AS$21,500 bagi setiap perkataan yang dituturkannya dalam filem terminator II.

9) Kulit kita mengelupas sebanyak 600,000 partikal setiap jam atau sebanyak 3.3 kg setahun. Apabila mencecah usia 70-an, secara purata seyiap orang akan kehilangan 231kg daripada kulitnya tanpa sedar.

10) Paus memiliki deria paling sensitif. Jika di masukkan pil beracun ke dalam ikan yang dijadikan umpan menagkapnya, haiwan itu akan memuntahkan balik ikan tadi.

11) Dalam setahun, jantung mengepam darah sebanyak 2,849,000 hingga 5.9 juta liter darah ke seluruh anggota badan. Jumlah itu dapat memenuhkan 200 tangki minyak kereta.

12) Asal perkataan OK bermula daripada suatu peristiwa di mana semua bekalan makanan yang dibawa dengan kapal semasa Perang Dunia Pertama rosak, kecuali dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Bagi memudahkan penyelenggaraan, setiap makanan itu ditandakan OK (singkatan Oklahoma). Sejak itu semua yang baik dikatakan OK. Singkatan itu kekal hingga ke hari ini.

13) Apabila cermin pecah, keretakannya bergerak sepantas 4,800 km sejam.

14) Asid hiroklorik yang terdapat dalam system penghadaman manusia sangat ‘tajam’ sehingga dapat menghancurkan sapu tangan, kapas, perca kain serta menghakis dinding kereta. Namun demikian ia tidak mendatangkan bahaya kepada dinding usus kerana adanya mucus pekat yang menyelaputi organ tersebut.

15) Pencipta telefon, Alexander Graham Bell tidak pernah menggunakan telefon untuk menghubungi isteri dan emaknya kerana kedua-duanya pekak.

16) Jumlah otot pada ulat bulu lebih banyak berbanding jumlah otot yang di miliki oleh manusia.

17) Apabila manusia mencapai usia 60 tahun, lebih daripada 50 peratus deria rasa pada lidah akan hilang.

1 Ikan lumba-lumba boleh tidur dengan hanya sebelah mata terpejam.

19) Siput **** mengawan sekali sepanjang hayatnya. Ia boleh mengawan selama 12 jam.

20) Secara purata jambang lelaki memiliki 7,000 hingga 15,000 helai rambut dan ia tumbuh spanjang 140 milimeter setahun.

21) Bunyi yang dikeluarkan semasa anda mematah-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih gas di dalam sendi itu.

22) Di Albania, menggelengkn kepala bermaksud ‘ya’ dan mengangguk bermaksud ‘tidak’.

23) Pada akhir abad ke-19, berjuta-juta mumia digunakan sebagai bahan bakar untuk menggerakkan keretapi di Mesir. Keadaan ini berlaku kerana kayu dan arang tidak mencukupi sedangkan jumlah mumia terlalu banyak.

24) Melalui kentut, setiap manusia dapat membebaskan setengah liter gas sehari. Gas itu kebanyakannya datang dari udara yang di sedut dan sebahagian lagi adalah kesan proses penapaian semasa penghadaman berlaku.

25) Hampir 80 peratus kepanasan badan dibebaskan melalui kepala.

Pada sape2 yg ada fakta-fakta menarik yg lain...boleh la share kat cni...
colorex
colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 35
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum