::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

Join the forum, it's quick and easy

::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai
::ASPERiaN FORUM::
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Biar Anda Dikatakan Memilih,Usah Gopoh Ketika Buat keputusan

Go down

Biar Anda Dikatakan Memilih,Usah Gopoh Ketika Buat keputusan Empty Biar Anda Dikatakan Memilih,Usah Gopoh Ketika Buat keputusan

Post by colorex Wed 02 Jul 2008, 2:55 am

Biar Anda Dikatakan Memilih,Usah Gopoh Ketika Buat keputusan Love_b10
Ramai yang mengandaikan punca anda belum bertemu jodoh ialah kerana anda terlalu memilih.Semua calon yang dperkenalkan,tidak seorang pun yang anda berkenan atau match dengan ciri-ciri yang menjadi idaman.Anda lebih rela mencari dan bersabar daripada menjadi terus menjalin hubungan yang lebih serius dengan orang yang anda tidak berkenan.
Oleh kerana itu,anda dicap terlalu memilih atau lebih buruk anda dikatakan cerewet memilih pasangan.
Menentukan pasangan hidup adalah satu keputusan terpenting yang anda mesti lakukan untuk masa depan anda dan generasi anda.Dalam islam sendiri,kebahagian rumah tangga bermula daripada siapa pasangan hidup yang anda pilih.Walaupun nampak mudah,tetapi pasangan hidup andalah yang akan menentukan kejayaan diri anda juga arah tuju keluarga anda,sama ada keluarga anda akan menjadi cenerlang atau sebaliknya.

Maka pemilihan pasangan hidup perlu diberi perhatian serius sebagai landasan kukuh dalam membina keluarga bahagia.
Dalam mencari pasangan ini,akibat kurang sabar dan merasa putus asa kerana selalu bertemu dengan yang tidak sesuai,anda mengambil keputusan menerima apa sahaja siapa yang anda akan bertemu selepas ini.Ditakdirkan anda bertemu tunang orang atau kekasih orang,lebih teruk suami atau isteri orang,anda tidak berfikir panjang,terus menerimanya untuk menjadi bakal isteri atau suami.

Anda tentu dapat bayangkan apa yang akan berlaku apabila mendirikan rumah tangga dengannya nanti.Masalah sudah menanti anda.Anda akan menghabiskan masa muda anda menyelesaikan masalah dari membina keluarga.Sanggupkah anda menghadapinya

Anda perlulah bersabar jika orang yang menepati ciri-ciri atau standart yang anda tetapkan belum anda temui.Biarlah jika orang berkata anda terlalu memilih atau cerewet kerana pemilihan ini penting untuk masa depan anda.
Kadang-kadang anda sendiri tidak pasti apa yang anda kehendaki daripada seseorang.Mungkin anda sukakan seseorang gadis yang bertubuh kecil molek dan lebih muda dari anda ,berpendidikan tinggi,bertudung,berasal dari negeri tertentu dan keluarganya yang beragama.

Anda juga suka kepada seorang wanita yang berpandangan jauh,suka kanak-kanak,pemikirannya matang dan pandai mengambil hati orang tua.Anda juga suka seoarang gadis yang tidak becok dan lebih mendengar.Inilah standart yang anda letakkan sebagai satu garis panduan kepada pemilihan pasangan.Standart yang anda letakkan itu mestilah tinggi supaya anda bertemu orang mempunyai ciri-ciri yang anda ingin.Jika anda bertemu seseorang yang tidak memiliki ciri-ciri yang menjadi idaman anda,seperti hidupnya terlalu sosial,kuat bercakap,atau tidak berapa minat dengan orang tua anda,adakah anda akan bertolak ansur dengan standart yang anda telah tetapkan dan akan tetap mengambil gadis ini sebagai teman hidup kerana dia sahaja yang available.

Dalam keadaan ini,paras rupa bukanlah boleh menentukan kebahagian seseoarang.Ia hanya sebagai sex appeal untuk memikat seseorang kepadanya.Dalam masa seminggu dua anda sudah tidak nampak lagi kecantikannya atau wajahnya yang buruk .Apa yang menyerlah ialah budi bahasanya,layannya,pemikirannya,sikap yang boleh mengembirakan anda berada disampingnya.Begitu juga wanita atau lelaki yang bersifat perengus,kasar,malas,suka membentak,wajah yaang cantik dan tampan pun akan kelihatan buruk.Ingatlah,anda akan berdampingan dengan pasangan anda bukan untuk sehari dua,tetapi untuk sepanjang hayat anda.

Ciri-ciri seperti usia,tahap ekonomi,pendidikan dan pegangan agama penting diberi perhatian disamping sifat murni yang dimilikinya.Jika nilai-nilai yang menjadi pegangan anda serasi dan anda berdua saling menghormati,tiada sebab anda tidak boleh berumah tangga sekalipun latar belakang anda berbeza.Pasangan yang mencintai dan menghormati satu sama lain dapat menghadapi segaalaa rintangan dalam hidup mereka.Namun,jika tidak terdapat ciri-ciri 'penting' dalam diri kedua-dua individu ini,sekalipun kecil masalahnya,ia akan menjejaskan kerukunan rumah tangga.

Oleh itu anda tidak boleh give ini dengan standart yang anda telah tetapkan sekalipun orang di sekeliling anda memberikan galakan kepada anda.Pastikan juga perkara yang anda tidak suka pada pilihan anda itu boleh anda bertolak ansur.Tanya diri anda,apa perasaan anda apabila berada bersama dengan orang ini.Adakah anda berasa senang bersamanya atau anda berasa bosan? Hormatilah perasaan anda dan jangan mengambil keputusan tergopoh gapah kerana ini adalah keptusan yang penting dalam hidup anda.
colorex
colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 35
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum