::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

Join the forum, it's quick and easy

::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai
::ASPERiaN FORUM::
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bengkel berjaya buka minda

Go down

Bengkel berjaya buka minda Empty Bengkel berjaya buka minda

Post by colorex Thu 17 Jul 2008, 2:00 pm

Bengkel berjaya buka minda Ag_03.1



Peserta Bengkel Lanjutan Usahawan Cendawan Mega-UPM dan Agrobank menyifatkan program tersebut mampu membuka minda mereka mengenai perusahaan tanaman itu yang mempunyai potensi untuk diusahakan.

Bagi Khizhir Mohamed, 54, dari Muar Johor, sebelum menyertainya, dia mengandaikan bahawa kaedah menanam cendawan agak rumit tetapi apabila mempelajari teknik yang betul, ia mudah dilakukan.

“Saya datang dari Kampung Kesang Laut dengan menaiki motosikal, semata-mata untuk mempelajari kaedah menanam cendawan dan puas hati kerana telah faham mengenainya,’’ ujarnya.

Khizhir berpendapat, program seumpama itu wajar diteruskan supaya lebih ramai mahir dan menguasai teknik penanaman cendawan dengan betul.

Bagi bekas pengetua, Mohd. Adnan Abdullah dari Besut Terengganu, selepas menyertai bengkel tersebut, dia akan membuka ladang cendawan sendiri bagi mencapai impiannya untuk menjadi usahawan cendawan.

“Bengkel ini amat baik dan banyak membuka minda mengenai perusahaan cendawan tiram kelabu,’’ ujarnya yang pernah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (A), Nurul Ittifaq, Besut.

Dia juga semakin yakin untuk menceburi perusahaan cendawan dan akan mendapatkan bantuan lanjut daripada pihak berkaitan, khususnya Jabatan Pertanian.

Seorang lagi peserta, Stephanie Lim, 30, berkata, dia menyertai bengkel tersebut untuk mengetahui lebih lanjut kaedah-kaedah dan potensi tanaman cendawan di negara ini.

“Sebelum ini, saya selalu melihat di televisyen sahaja, tetapi dengan menyertai bengkel ini, saya sendiri dapat merasai pengalaman,’’ katanya.

Bagi graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Jamilah Kamarudin,26, dia berpendapat bengkel tersebut perlu diperkemaskan lagi dengan menambah aspek latihan amali untuk peserta.

“Lepas ini saya hendak berkecimpung dalam pertanian dan bengkel ini boleh membantu saya memahami teknik penanaman dan masa depan perusahaan cendawan,’’ ujarnya.

Keempat-empat peserta terbabit merupakan sebahagian daripada 36 peserta yang terpilih menyertai bengkel lanjutan tersebut daripada hampir 300 orang yang menghadiri bengkel pengenalan yang diadakan pada 18 Mei lalu.

Seorang lagi peserta, Mohamad Hashim Abdullah pula menyatakan penghargaan kepada sisipan Mega, Utusan Malaysia, kerana tidak jemu-jemu mempromosi bidang pertanian untuk faedah pembacanya.

“Saya tidak pernah ketinggalan membaca Mega, terutama setiap hari Jumaat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pertanian.

“Terima kasih kepada Utusan Malaysia,’’ katanya yang dilantik sebagai Tok Penghulu di kalangan kumpulan tersebut.

Sementara itu menurut menurut Penolong Pegawai Pertanian, Bahagian Padi, Taman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Putrajaya, Normah Ibrahim, permintaan terhadap cendawan di negara ini pasti akan meningkat kerana beberapa sebab antaranya, pertukaran cita rasa pengguna, jumlah penduduk meningkat dan wujudkan kepekaan kepada kesihatan.

“Rakyat Malaysia telah mempunyai kesedaran dan pengetahuan mengenai khasiat cendawan dan ini mendorong mereka memakannya lebih kerap,’’ ujarnya.

Telinga kera

Kata beliau pada 2005, dengan jumlah penduduk sebanyak 25 juta, rakyat Malaysia memakan 8,100 tan cendawan setahun.

Namun pada 2020, jika rakyat negara ini mencapai 70 juta, penggunaan cendawan meningkat dari 324 gram setiap orang setahun kepada dua kilogram dan jumlah yang diperlukan ketika itu ialah 140,000 kilogram setahun.

Beliau menambah, selain spesies tiram kelabu, beberapa spesies lain juga berpotensi yang dikomersialkan antaranya Shiitake, telinga kera, jerami Ling zhi dan berangan.

Bengkel kali ini memberi peluang kepada peserta untuk melakukan sendiri cara-cara penyediaan polibeg dan media tanaman hingga, aspek penjagaan, pengukusan dan penyuntikan serta kaedah merangka pelan perniagaan untuk membuat pinjaman bank dari Agrobank.

Seperti mana pada bengkel pengenalan, ia turut melibatkan Agrobank dan Pusat Pengembangan ,Keusahawanan dan Pemaju Profesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia.

Latihan amali dilakukan di Unit Taman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM manakala ceramah dan bengkel lain di Institut Pembangunan Pertanian Agrobank (ABADI), Bangi, Selangor.
colorex
colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 35
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum